Perpustakaan Desa Kg. Abi mula beroperasi sepenuhnya
kepada penggunan mulai 01hb Ogos 2004. Penubuhannya didalam kawasan perkampungan,
menjadikan perpustakaan ini begitu strategik disamping penduduknya majoriti
Melayu.
Bangunan ini telah dibina khas untuk dijadikan
perpustakaan Desa pada tahun 2004. Ianya terletak dipersimpangan simpang empat Abi.
Kedudukannya yang strategik, iaitu berdekatan dengan Sekolah, Dewan dan
Penempatan pendudukan setempat menjadikan Perpustakaan Desa ini menjadi pilihan
penduduk kawasan ini sebagai tempat untuk mengisi masa yang terluang selain
meminjam buku dan membaca akhbar.
No comments:
Post a Comment