KATA ALUAN



   Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera…


           Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi kesempatan untuk menurunkan sepatah dua kata-kata aluan tentang Perangkaan Perpustakaan Desa ini kepada masyarakat.

            Perpustakaan, seperti yang telah kita sedia maklum, merupakan gedung ilmu yang penting kerana ia menyediakan pelbagai sumber rujukan dalam pelbagai bidang bagi menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Pihak Perpustakaan Desa sentiasa memberi tumpuan kepada usaha membangunkan koleksi bahan-bahan rujukannya dan juga memperbaiki mutu perkhidmatan bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripada perpustakaan.

             
             Sejarah telah menunjukkan bahawa pembangunan perpustakaan adalah selari dengan perkembangan universiti. Perpustakaan telah mula beroperasi pada tahun 1993, dengan kapasiti 120 tempat duduk. Pada masa kini, kapasiti tempat duduk telah meningkat kepada 500 dengan pembukaan Perpustakaan Kampus Bandar dan Perpustakaan Blok B5 (di atas Pejabat Bendahari). Pihak perpustakaan sentiasa berusaha menyediakan bahan-bahan rujukan yang terkini dan mencukupi bagi menampung bilangan pengguna yang semakin bertambah setiap tahun. Pada ketika ini, Perpustakaan telah memiliki sebanyak 150,000 naskhah monograf, 5,000 judul tesis, 500 judul jurnal, 50 judul majalah, 26 perkhidmatan pangkalan data atas talian, 4 perkhidmatan "e-books" dan 13,000 unit bahan audio-visual.


              Perkhidmatan Perpustakaan Desa merupakan salah satu usaha murni Kerajaan untuk memastikan masyarakat luar bandar dapat merasai kemudahan yang hampir sama dengan masyarakat Bandar. Terima kasih diucapkan kepada semua petugas Perpustakaan Desa PNM yang berjumlah 1,091, termasuk Penyelia, Pembantu Perpustakaan dan Pembantu Operasi yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan penerbitan ini. Adalah menjadi harapan Perpustakaan Negara Malaysia agar Perpustakaan Desa dapat memainkan peranan utama ke arah mewujudkan masyarakat berilmu dan berbudaya membaca.


No comments:

Post a Comment